Saturday, March 13, 2010

Perniagaan Internet

Perniagaan melalui internet adalah salah satu cabang perniagaan moden yang menggunakan internet sebagai medium urusniaga untuk melakukan aktiviti jual beli dan pemasaran. Segala transaksi pembayaran juga adalah menggunakan medium online contohnya seperti Maybank2u dan CIMB Clicks di Malaysia dan Kad Kredit Visa/Mastercard/American Express,e-Gold,PayPal dan AlertPay di seluruh dunia.
Perniagaan Internet adalah perniagaan yang amat menguntungkan kerana dengan kos yang rendah,kita boleh memperkenalkan dan seterusnya memasarkan produk kita ke seluruh Malaysia dan dunia hanya dengan sebuah laman web.Pada tahun 2009 sebanyak USD170 billion telah dibelanjakan oleh pengguna internet di seluruh dunia untuk membeli dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di internet.Dijangkakan pada tahun 2010 ini sebanyak USD263 billion akan dibelanjakan.
Pada masa kini,atau lebih tepatnya pada era internet ini,ramai yang telah menjadi jutawan di seluruh dunia hanya dengan melakukan perniagaan di internet termasuk di Malaysia.Contoh yang paling mudah seperti Irfan Khairi yang berjaya menjadi jutawan pada usia 25 tahun.Para peniaga konvensional juga boleh dikatakan wajib untuk menggunakan aplikasi internet seperti mempunyai laman web dan email untuk urusan perniagaan pada zaman moden ini.



Malaysia Web Hosting