Tuesday, March 23, 2010

Masalah Yang Biasa Dihadapi Oleh Mereka Yang Ingin Mencari Pendapatan Melalui Internet.

Seperti perniagaan offline/konvensional,perniagaan online juga mempunyai sedikit kesukaran terutama pada peringkat awal untuk memulakan perniagaan, kesukaran-kesukaran ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk menghadapinya. Seperti biasa,setiap kesukaran atau masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya, anda boleh merujuk kepada mentor anda atau pakar-pakar dalam perniagaan internet untuk meminta pandangan.Masalah yang saya ceritakan ini merupakan pengalaman saya sendiri ketika baru berjinak-jinak dalam pernigaan ini suatu masa dulu,Antara masalah utama untuk memulakan perniagaan internet adalah:

a)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet untuk mencari sedikit wang tambahan tetapi tidak tahu landasan yang betul,ini terjadi kerana terlalu banyak SCAM di Internet yang bertujuan untuk menipu wang anda.Pelbagai-bagai taktik dan tawaran yang menjanjikan wang berjuta-juta/kekayaan jika anda menyertai atau membeli produk mereka.

b)Anda ingin memulakan perniagaan Internet,tetapi tidak tahu hendak menjalankan perniagaan apa,aduii.. nak jual apa ni? Anda berminat tapi dalam masa yang sama anda 'blur' dengan pelbagai jenis perniagaan yang dijalan oleh para ahli perniagaan internet yang lain.

c)Jika anda mempunyai idea tentang produk/perkhidmatan untuk dijual di Internet pula,anda takut produk atau perkhidmatan tersebut tidak mempunyai permintaan/tak laku.

d)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda merasakan anda bukan seorang pakar komputer atau IT,Anda rasa anda tidak mahir menulis blog,bahasa Inggeris tonggang langgang,tak pandai nak buat website atau blog,kalau ada pelanggan beli bagaimana tentang cara pembayaran dan sebagainya.

e)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda risaukan kos memulakan.Anda tertanya-tanya tentang modal.

f)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi tidak tahu bagaimana nak buat promosi.Promosi dalam perniagaan amat penting begitu juga dalam perniagaan internet.

g)Anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang menarik dan berkualiti untuk diniagakan di Internet,tetapi anda risau tentang persaingan walaupun persaingan sihat.

Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh saya sendiri ketika mula berjinak-jinak dalam pernigaan internet dulu,sehingga kini masalah tetap ada tetapi disebabkan oleh pengalaman,kita sudah mampu untuk menghadapinya. Yang paling penting,jangan lari dari masalah sebaliknya cari jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment